Tuesday, February 15, 2011

Botol Air


kesabaran aku hanyalah sebesar botol air berisipadu 750ml. itu pun aku dah upgrade yang asalnya sebesar botol air twister yang aku tak bape pasti isipadunya. botol air ada hadnya. isi air setakat yang muat je. tengah syok isi tu mata jangan melilau. jangan wat dek je sampai air melimpah ruah. bila air dah penuh, minum je lah. abeskan air tu dulu sebelum isi air lain. lagi bagus kalau kita share air tu ngan orang lain. cepat sikit habis. even air kosong pun tak leh bia lama2 dalam botol air tu, nanti dah tak sedap. busuk la ape la. kalau tak abes gak, tuang dalam sinki. tak pun siram pokok kaktus yang ntah kat mana letaknya. then baru bleh isi air lagi. aku punya sabar pun camtu la. ada batasnya. kalau dah agak2 bebanan nak lebih 750ml tu, ada baiknya pi tidur ke, amek wuduk ke. jangan terlampau wat bodoh dan tamak sangat kononnya mampu tanggung beban sampai terlebih had dan akhirnya terletus dan terlimpah ruah dan terbasah lantai dan terlicin lalu terjatuh. jadi, procedure nya adalah seperti berikut. isi air tidak melebihi 750ml. habiskan air sebelum jentik2+anak berudu mula nak bercambah dalam botol.
aisyyhh. ntah pape. merepek je sume ni. bila tangan gatal mintak digaru.

4 comments: