Aku sudah dewasa!
Terasa dewasa bilamana sume orang tanya bila nak kawen.
Lagi terasa kedewasaan bila ada pihak menghulurkan salam perkenalan melalui cousin dan mak aku. kah kah kah~
Nak tergelak ada. Suspen pun ada.
Umur macam aku ni memang dah dibolehkan berkahwin.
Tapi otak aku tak sematang or setua umur aku skang.
Cakap pasal kawen memang senang.
Nak pelamin macam tu macam ni.
Baju pengantin berapa pasang.
Nak jemput berapa orang.
Hantaran berapa.
Memang senang!
Tapi...
Kalau soal tanggungjawab rumah tangga, tak terjawab weh.
Urusan rumah tangga tak semudah urusan akad nikah.
Banyak perkara yang perlu diambil kira.
Tanggungjawab suami isteri.
Tanggungjawab ibu bapa, mertua.
Tanggungjawab anak2.
Hutang sana, hutang sini.
Hehh. Mintak jauh.
Pokoknya..
I'm not ready to get married.
Not this early or so sudden.
Bukan setakat persiapkan kewangan, persiapkan diri sekali.
Selami ilmu rumah tangga terlebih dahulu.
Baru kita pikir pasal kawen.
Harap ada yang sabar menunggu.
0 comments:
Post a Comment