Wednesday, February 8, 2012

Dewasakah?

Lebaran tahun baru 2012 betul2 membuka mata aku..
Aku sudah dewasa!
Terasa dewasa bilamana sume orang tanya bila nak kawen.
Lagi terasa kedewasaan bila ada pihak menghulurkan salam perkenalan melalui cousin dan mak aku. kah kah kah~

Nak tergelak ada. Suspen pun ada.
Umur macam aku ni memang dah dibolehkan berkahwin.
Tapi otak aku tak sematang or setua umur aku skang.
Cakap pasal kawen memang senang.
Nak pelamin macam tu macam ni.
Baju pengantin berapa pasang.
Nak jemput berapa orang.
Hantaran berapa.
Memang senang!
Tapi...
Kalau soal tanggungjawab rumah tangga, tak terjawab weh.
Urusan rumah tangga tak semudah urusan akad nikah.
Banyak perkara yang perlu diambil kira.
Tanggungjawab suami isteri.
Tanggungjawab ibu bapa, mertua.
Tanggungjawab anak2.
Hutang sana, hutang sini.
Hehh. Mintak jauh.
Pokoknya..
I'm not ready to get married.
Not this early or so sudden.
Bukan setakat persiapkan kewangan, persiapkan diri sekali.
Selami ilmu rumah tangga terlebih dahulu.
Baru kita pikir pasal kawen.
Harap ada yang sabar menunggu.

Thursday, November 3, 2011

Walaaaa..

antara sedar tak sedar.
berbulan sudah tak update blog.
apalah sangat nak diupdate kalau setakat nak cite rutin seharian aku.
baik tak payah...
sedar tak sedar jugak.
dah masuk midsem.
midsem????
apa je yang aku belajar sem ni ea??
apasal kosong semacam je??
yang aku tau buat hanyalah
  1. copy n paste lab report
  2. mini project sana
  3. big project sini
  4. assignment
  5. assignment
  6. assignment
  7. ....
  8. ....
  9. ....
  10. assignment lagi....
argghh.
okey,setiap sem merungut benda sama.
but still kena buat sampai habis.
ingat lecturer nak bagi marks free2 ke weh.
buat je lah sampai ko dah arif gile pasal microsoft words, powerpoint bagai.
tutup dua belah mata pun tangan boleh jalan.
apatah lagi sebelah mata n sebelah tangan.
~~~~~
apa yang dibebelkan diatas??
abaikan.
kasi pantun takde kerat sket.
perut lapar,duit surut.
k,bye.

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
-Raihan feat. Mai Bai-

Ramadhan datang lagi..
Muslim sejati takkan mengeluh bila datangnya Ramadhan..
bahkan menyambutnya dengan penuh teruja,keinsafan..
persiapan Ramadhan perlu didahulukan..
persiapan Syawal perlu dikemudiankan..
tak bererti raya sakan sehari kalau puasa sebulan diabaikan..
moga Ramadhan kali ini penuh barakah..
Amin..

Sunday, July 10, 2011

Space

..menyendiri..
..tak bermaksud nak menyisihkan..
..cuma bagi ruang yang secukupnya tuk diri sendiri..
..hidup dengan cara masing2..
..my life is mine..
..your life is yours..
..there's no OURS for a while..
..give ourselves space and time..

Tuesday, July 5, 2011

Kisah Hati

best gak lagu ni..
tapi aku layan part intro je lah..
dah dekat2 ending tu cam tak best sgt..
but nice la..

Monday, July 4, 2011

Jodoh Pertemuan

Terdapat tiga jenis Jodoh Pertemuan..

Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan ini. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula diistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehingga mereka dapat berkahwin.

Manakala jodoh yang ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad nikah berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta...

Monday, June 27, 2011

Hanya Satu

..yang kaya dan yang miskin..
..yang bijaksana dan yang bodoh..
..yang cantik dan yang hodoh..
..yang tinggi dan yang rendah..
..yang sihat dan yang cacat..
..yang berkuasa dan yang ditindas..
..adalah berbeza di mata DUNIA..
..namun hakikatnya..
..yang membezakan kita hanyalah amalan dan taqwa kepada YANG SATU..